Sunday 27 January 2013

Ulangtahun Yang Ke 79

Assalamualaikum semua...
maaf la lambat sikit update cerita ni..awal-awal tahun ni sibuk la sikit dengan kerja, maklum la sekolah baru buka kan.. apa-apa pun yang penting semua happy ye..

Syukur alhamdulillah..masih dapat bersama emak/ nenek di hari lahirnya ke 79.
Semoga Allah terus memberikan kesihatan yang baik untuk terus bersama kami sekeluarga.
Semoga kehidupan mendatang akan disinari kebahagiaan dan silatulrahim terus terjalin dengan mesra dan harmoni.
Seperti biasa la siangnya dah hari keluarga. Malamnya diadakan majlis sambutan hari lahir emak/nenek.. sambi makan--makan dan menjemput saudara mara terdekat. Mudah-mudahan akan terus diadakan setiap tahun.

Ni la kek istimewa di malam itu, yang best ada massmelo...


Ni la birthday girl malam tu......hehehe mak/nenek
 Kerja-kerja semua dibuat secara bergotong royong, dari persiapan jamuan makan malam, terima kasih ye chef-chef..yang memang rajin dan persiapan menyediakan hamper2. Mana yang bagi sumbangan hamper, masing-masing dah siap...


Antara  menu malam tu...laksa, me kari, satay dan nasi impit..BBQ pun ada..


 Siap potong kek, suap menyuap kek tiba masa untuk posing setiap family dengan birthday mom/grandma...

Family Hassan.. xcukup korum ni, Up n family xdapat join..

Family Hamzah..seorang je kat belakang tu..

Family Masiam....along Ipin xdapat join jugak

Family Hamzani...Endang masih di luar negara

Family Hanizah.....menantu baru tak dapat cuti ye..

Family Hazlina....syafiq n syafiqah xde..

Family Hisam.....semua purple ye..

Family Hanib....Emi jadi ketua ni..mak ngan ayah xde g honeymoon hehehe...Nadiah lak kat Sarawak

Family Hindon...tiga je anaknya..

Family Khamidan...cian Ayun xdapat join, xpe cucu n menantu ada.

Bersama jiran ..

Bersama adik bongsu Hjh Ramlah....family Bibik Turmiah..

Bersama Family Arwah adik  Hjh Ramlah .....Mahmud..

Bersama anak-anak arwah kakak Hjh Ramlah .. Siti Khadijah..( Kak Ros n Kakak  Esah)

Bersama family Makcik Sur...adik arwah Wahid

Ni la anak-anak Hjh Ramlah...
enjah, jeli, hassan, idan, jani ,hisam. (anib x de)
iza, yah, Hjh Ramlah, mis, Ndon, lina

Ni menantu-menantu Hjh Ramlah..
din, usop, saian, enjai (hashim xde)
 leha, sal. ida, Hjh Ramlah, hawa, sal, yana (yati xde)

 Cucu dan cicit yang turut sama meraikan harijadi nenek/oyot

 Selepas sesi bergambar dengan setiap family, acara tukar-tukar hadiah dan hamper.



 Ni lah tecnician malam tu..amin n mak buyong tu tengah dok karok, tak larat nak bangun dah tu. Selesai  majlis, kami sekeluarga sama-sama berkemas sambil dihiburkan oleh suara-suara yang disumbangkan...Memang happening dan sporting semua familyWR ni.

Alhamdulillah ..semoga di tahun hadapan dapat bersama lagi..

Sunday 6 January 2013

Hari Keluarga 2012


Assalamualaikum semua.
Mula tu nak minta maaf la lambat update ni.
Alhamdulillah meriahnya Family Day Tahun ni walaupun ramai juga yang tak dapat balik. Ye la dah kena kerja kan Ayun, nak buat macam mana, yang dalam pantang pun tak kan nak redah banjaran tu kan . Apa-apa pun tahniahla pada Up n Siti yang dapat baby pertamanya. Yang dok jauh tu, flied tak leh nak bawa balik..huhuhu tengok je la cerita kami ni ye, Endang di Rusia, Ain di UK dan Nadiah di Sarawak. Wak Anib ngan Wak Yati kat Padang Indonesia.

Eh nak cerita pasal hari keluarga tu la..
Tarikh cam biasa la ujung2 tahun kan. Tapi ni memang tepat betul la dengan tarikh Hari Lahir Mak/Nenek/Oyot  yang ke 79 tahun iaitu 23 Disember...hari sabtu ...di halaman teratak bonda..
Pasang 2 khemah jugak la...senang nak berkumpul, incase kalau hujan, memang hujan pun..huhuhu senang nak berteduh.

Hari Sabtu dah rewang-rewang, malamnya buat kenduri doa selamat, wak idan sponsor tu. Mudah-mudahan murah rezeki tahun depan boleh sponsor lagi. Menjelang petang baru ramai yang sampai. Dah masing-masing kerja, apa-apa pun alhamdulillah dapat juga berkumpul menjelang maghrib.
Ramai jugak orang kampung jiran tetangga yang dijemput...kenduri nasi ambeng...

 
 Lepas habis tetamu balik, giliran tuan rumah pulak buat kenduri nasi ambeng. Ada Mak Buyung yang mengidam tu..















Hari Ahad tu yang dinanti-nantikan. Apa lagi...tengok jela kemeriahnya dan keseronokan mereka semua tu..hanya gambar menceritakan segalanya. Acara sukaneka tahun ni temanya eratkan silatulrahim jalinkan kasih sayang so banyak la acara family. Lagi pun ada 2 mak buyung, seorang tu dah xlarat nak lari..yang kakak2 pun tak larat nak berkejor2.

  
  

Acara makan buah rambutan paling banyak.



Acara Jalinan kasih...sambungkan kain tudung tu..
 

Kanak-kanak tak sabar nak main jugak.
Penyampai hadiah... terima kasih mak.
 



Dok fikio nak wat baju fesyen apa ni.. Lambet betoi omak ni.
 

nenek pun susah nak pilih pemenangnya.
Hehehe..kami lah paling happy..hohohohoho
Acara tiup belon, sape paling banyak.
 

Paling happening.
Last sekali apa lagi...anak-anak la yang seronok main air..
 Banyak lagi gambar yang tak larat nak upload. Nak tengok gambar yang lain intai la kat FB hindonwahid@yahoo.com.my
Ok la lain kali cerita malam bezday mak/nenek/oyot pulak ye..
Dah tak larat ni... wasalam.